Tuesday, April 29, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangunan baharu Hospital Tawau dijangka siap tahun ini

    TAWAU, 10 MAC – Projek pembinaan bangunan baharu Hospital Tawau di sini yang bernilai RM223.6 juta dijangka siap pada tahun ini, kata Pengarahnya, Dr Norlimah Arshad.

    Dr Norlimah yang ditemui pemberita selepas melancarkan program derma darah peringkat Hospital Tawau hari ini berkata perkara itu dimaklumkan pihak kontraktor baru-baru ini.

    “Saya diberi keyakinan akan siap pada tahun ini dan beroperasi,” katanya.

    Sementara itu, beliau berkata program derma darah anjuran Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Malaysia hari ini melibatkan kira-kira 100 kakitangan Unit PPP di sini.

    “Para PPP menitikberatkan ihsan dan simpati kepada para pesakit tanpa mengurangi sedikit pun profesionalisme dan jati diri sepanjang menjalankan tugas kepada masyarakat,” katanya.

    Dr Norlimah berkata pihaknya bangga dengan PPP Hospital Tawau yang sentiasa cemerlang dalam memberi perkhidmatan kesihatan biarpun berdepan pelbagai kekangan termasuk aspek sumber manusia. – Bernama

    Dr Norlimah yakin bangunan baharu Hospital Tawau siap pada tahun ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda