Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangunan canggih Hudson Yard dibukakan kepada orang ramai di NY

    NEW YORK – Sebuah pembangunan infrastruktur yang bernilai AS$25 bilion dan dinamakan sebagai Hudson Yards telah dibukakan untuk kunjungan orang ramai di mana bangunan ini menawarkan kemudahan-kemudahan asas bagi penduduk dengan suasana yang mewah sehingga diberikan nama samaran sebagai ‘Manhattan’s Mini City’.

    Para pengunjung dan penduduk tempatan berbaris baru-baru ini untuk memasuki bangunan tersebut dan menaiki sekitar 2,500 tangga untuk menuju ke bahagian atas bangunan, bangunan hebat ini disebut juga sebagai Vessel, memaparkan visual sebuah kompleks bertingkat yang terletak di West Side, Manhattan, New York. Bangunan ini menawarkan beberapa ruang kedai komersil dan juga kediaman yang mewah di tambah dengan 100 petak kedai dan juga beberapa buah restoran.

    Pengacara saluran berita CNN, Anderson Cooper telah menghoskan program perasmian bangunan tersebut yang turut diserikan dengan kehadiran penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Andra Day, Senator Demokratik, Sen. Chuck Schumer dan peniaga-peniaga New York. CNN akan menjadi penyewa pertama di Hudson Yards bersama dengan beberapa buah syarikat induknya, Warner Media. Penyewa korporat terkenal yang lain adalah seperti pengurus Black Money, L’Oreal USA, Equinox dan juga Coach.

    Pusat kebudayaan New York

    Hudson Yards juga merupakan pusat kebudayaan Manhattan di New West Side dengan menempatkan pelbagai jenama-jenama hebat antarabangsa seperti Dior, Fendi dan Neiman Marcus ke Uniqlo, Banana Republic dan H&M.

    Dengan terbinanya bangunan ini, lebih banyak pekerja baharu akan diambil dan dilatih sebelum pelanggan tiba pada waktu tengah hari semasa perasmian bangunan tersebut. Ketika itu, orang ramai sudah tidak sabar-sabar untuk meneroka bangunan hebat itu berbekalkan minuman Shake Shack di pintu-pintu utama.

    Bangunan hebat ini disebut juga sebagai Vessel, memaparkan visual sebuah kompleks bertingkat yang terletak di West Side, Manhattan, New York. – AP
    Bangunan ini akan turut menempatkan pelbagai jenama-jenama hebat antarabangsa seperti Dior, Fendi dan Neiman Marcus ke Uniqlo, Banana Republic dan H&M. – AP
    Bangunan ini menawarkan beberapa ruang kedai komersil dan juga kediaman yang mewah di tambah dengan 100 petak kedai dan juga beberapa buah restoran. – AP
    Bangunan ini menawarkan kemudahan-kemudahan asas bagi penduduk dengan suasana persekitaran yang mewah sehingga diberikan nama samaran sebagai ‘Manhattan’s Mini City’.
    Dengan terbinanya bangunan ini, lebih banyak pekerja baharu akan diambil dan dilatih. – AP

    Individu yang bertanggungjawab dan hadir semasa perasmian bangunan itu, Stephen Ross, pengurus am, Related Cos di mana syarikatnya turut bekerjasama dengan Oxford Properties Group untuk merealisasikan Hudson Yards, dengan harga pangsapuri dianggarkan bernilai antara AS$3 juta hingga AS$32 juta untuk satu unit.

    Kreativiti dan inovasi

    “Pada hari ini, kami telah mencipta satu hab kreativiti dan inovasi,” kata Ross kepada orang ramai yang hadir pada ketika itu. “Hari ini, sekali lagi, kami cuba menjadikan orang ramai sebagai saksi bahawa New York akan sentiasa menjadi sebuah bandar terbesar di dunia,” tambahnya.

    Antara yang turut hadir semasa perasmian itu ialah Gary LaBarbera, Presiden Bangunan dan Pembinaan Majlis Perdagangan Greater New York yang akhirnya berjaya menamatkan pertikaian mengenai buruh dengan pekerja union dan bukan pekerja union di mana kedua-dua belah pihak kini sedang bekerjasama.

    Hanya setengah daripada 28 ekar kawasan bangunan itu di Sungai Hudson telah siap dan diduduki, termasuk dek pemerhatian tertinggi di bangunan 100 tingkat di kawasan barat dan The Shed, sebuah pusat seni yang berkeluasan 200,000 kaki persegi dan dilengkapi dengan teleskop. Manakala, ruang bangunan yang lain, Hudson Yards akan siap dibina pada tahun 2025. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda