Sunday, December 10, 2023
28.8 C
Brunei

    -

    Bangunan runtuh, 10 masih hilang

    AMMAN, 14 SEPT – Anggota menyelamat Jordan hari ini meneruskan usaha mencari 10 orang yang masih hilang di bawah runtuhan sebuah bangunan empat tingkat yang roboh di Amman, di mana lima mayat telah ditemui sehari sebelumnya.

    Saudara-mara mangsa menunggu di tapak roboh di pusat bandar Amman di mana perkhidmatan kecemasan sedang mengejar masa untuk mencari dan mengeluarkan mana-mana mangsa dari runtuhan bangunan perumahan itu.

    ”Menurut maklumat kami, 10 orang masih terperangkap di bawah runtuhan, dan ada di antara mereka masih hidup,” beritahu jurucakap kerajaan Faisal Shboul kepada televisyen negeri Al-Mamlaka.

    ”Operasi mencari sedang diteruskan di tapak. Kawasan persekitaran adalah sukar, bangunan terletak amat dekat di antara satu sama lain dan koridor adalah sempit, sekali gus menyukarkan usaha mencari.”

    Ketua perkhidmatan pertahanan awam, Hatem Jaber, berkata hari ini ‘lebih 300 kakitangan pertahanan awam telah mengambil bahagian dalam operasi mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.’

    Pasukan menyelamat ‘tidak akan berehat’ sehingga semua telah dikesan, katanya.

    Satu sumber kehakiman memberitahu AFP ‘pejabat pendakwa raya telah melancarkan siasatan untuk mengetahui punca bangunan itu runtuh. – AFP

    Anggota menyelamat menjalankan operasi mencari penduduk bangunan perumahan yang runtuh di ibu negara Jordan Amman pada 13 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. Kerajaan memutuskan untuk memindahkan...