Sunday, December 22, 2024
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangunan runtuh: Angka kematian meningkat kepada 33

    DOUALA, 24 JULAI — Angka kematian akibat runtuhan bangunan di Cameroon telah meningkat lebih daripada dua kali ganda ketika pasukan penyelamat terus mencari mangsa yang terselamat, kata pihak berkuasa hari ini.

    Sekurang-kurangnya 33 orang maut dalam bangunan empat tingkat yang runtuh ke bangunan yang lebih kecil di bandar terbesar di Cameroon, Douala, awal pagi kelmarin, kata Celestine Ketcha Courtes, menteri perumahan dan pembangunan bandar.

    Courtes berkata bahawa lebih banyak mayat telah ditemui dari runtuhan oleh pasukan penyelamat pada pagi hari ini dan sesetengah daripada mereka meninggal dunia di hospital akibat kecederaan. Lima daripada lebih 20 orang yang cedera berada dalam keadaan kritikal, tambahnya.

    Bangunan yang usang itu runtuh di kawasan kejiranan Ndogbon, kata Leftenan Kolonel Abdel Kadrey, komander jabatan bomba. “Penghuni rumah bersebelahan memberitahu kami bahawa terdapat begitu banyak rekahan pada dinding bangunan sebelum ia runtuh,” katanya.

    Pihak berkuasa berkata lebih 200 orang menduduki kedua-dua bangunan yang terjejas.

    Tidak jelas berapa ramai yang berada di rumah semasa runtuhan itu berlaku.

    Operasi menyelamat masih diteruskan.

    Presiden Cameroon, Paul Biya telah meminta kementerian perumahan untuk menilai kerosakan. – AP

    Menurut komander jabatan bomba, terdapat begitu banyak rekahan pada dinding bangunan sebelum ia runtuh. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda