Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangunan runtuh di Kenya, 4 hilang

    NAIROBI, 13 Jun – Kira-kira empat hilang selepas bangunan tujuh tingkat runtuh di bandar Nairobi, Kenya, semalam, kata Palang Merah hari ini.

    Insiden itu berlaku di kawasan kejiranan paling miskin berhampiran tenggara bandar lapangan terbang antarabangsa Nairobi, kata jurucakap Palang Merah, Neollah Musundi kepada AFP.

    “Maklumat masih lagi belum jelas tentang jumlah sebenar mangsa hilang, namun pada peringkat ini, seorang ibu dan tiga anaknya telah hilang,” katanya.

    Polis dan penduduk tempatan berkata pihak berkuasa telah dimaklumkan malam semalam selepas rekahan kelihatan pada bangunan itu, mencetuskan pemindahan segera sebelum ia runtuh dua jam kemudian, kira-kira jam 10 malam (1900 GMT).

    “Runtuhan itu masih belum sepenuhnya dijangkakan, yang membolehkan kami untuk mengarahkan semua orang keluar dari bangunan,” kata Musundi mengenai insiden yang berlaku di kawasan Mukuru Kwa Reuben, Kware, salah satu kawasan sesak terbesar di Nairobi.

    Kakitangan penyelamat menjalankan kerja-kerja pencarian selepas bangunan tujuh tingkat runtuh semalam di sub bandar Embakasi, Nairobi, pada 13 Jun. – AFP
    Kakitangan penyelamat menjalankan kerja-kerja pencarian selepas bangunan tujuh tingkat runtuh semalam di sub bandar Embakasi, Nairobi, pada 13 Jun. – AFP

    Menurut Pius Masai, jurucakap bagi Unit Pengurusan Bencana Kebangsaan, 128 penyewa telah diselamatkan dan disahkan menjelang tengah hari.

    “Kebanyakan ahli keluarga bekerjasama dan dipindahkan dengan selamat. Namun, ia dipercayai beberapa orang mungkin telah terperangkap. Usaha menyelamat masih diteruskan,” katanya. Menurutnya lagi, operasi menyelamat berdepan kesukaran sejak ruangnya sangat terhad dan bangunan tujuh tingkat bersebelahan juga kelihatannya tidak stabil. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda