Tuesday, May 7, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Bangunan runtuh ragut 14 jiwa

    MUMBAI, 28 JUN – Sebuah bangunan kediaman yang usang runtuh di ibu kota kewangan dan hiburan India, Mumbai, mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang, menurut pegawai hari ini.

    Setakat petang hari ini, 13 orang berjaya diselamatkan namun anggota kecemasan menemui 14 mayat di bawah runtuhan.

    “Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan,” kata jurucakap bagi Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) kepada AFP.

    Bangunan tiga tingkat itu runtuh lewat kelmarin di kawasan Kurla, Mumbai. Puluhan orang anggota penyelamat memindah serpihan untuk mencari penduduk yang masih terperangkap, menurut laporan agensi berita Press Trust of India, memetik kenyataan pentadbiran kerajaan, Pravina Morajkar.

    Saluran berita televisyen menunjukkan penduduk menyertai anggota bomba dan polis dalam usaha menyelamat daripada runtuhan dan membawa mangsa tercedera ke hospital.

    Aaditya Thackeray, menteri alam sekitar negeri Maharashtra, berkata keluarga-keluarga yang tinggal di bangunan itu telah diarah untuk berpindah sebelum ini namun mereka masih mendiami bangunan tersebut.

    Kejadian bangunan runtuh adalah perkara biasa di India semasa musim monsun bulan Jun-September apabila hujan lebat melemahkan tapak asas bangunan yang tidak dibina dengan sempurna. – AP/AFP

    Pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan dalam kejadian yang berlaku di Mumbai. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia tuduh China berkelakuan bahaya berkaitan jet pejuang

    MELBOURNE, 7 MEI - Australia telah memprotes Beijing melalui pelbagai saluran bahawa sebuah jet pejuang China membahayakan helikopter tentera laut Australia dengan suar di...