Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangunan runtuh ragut 8 nyawa

    KAHERAH, 11 DIS – Lapan orang terbunuh dan tiga lagi cedera apabila bangunan kediaman enam tingkat runtuh di tengah Kaherah kelmarin, kata Kementerian Kesihatan Mesir.

    “Sembilan ambulans telah dikejarkan ke tempat kejadian ketika penyelamat berusaha untuk mengangkat serpihan runtuhan dan mencari mayat dan mangsa yang cedera,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Mesir, Hossam Abdel Ghaffar, dalam satu kenyataan.

    “Saya terjaga apabila terdengar bunyi letupan yang besar,” kata Waleed Mohamed, 38, kepada AFP berhampiran tapak runtuhan.

    Tambahnya, dia dan jiran-jirannya berlari ke arah bangunan itu dan melihat ia runtuh, paip gas meletup dan semuanya musnah. – AFP

    Gambar menunjukkan bangunan runtuh di daerah Waili di tengah Kaherah pada 10 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda