Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Bangunan sekolah guna konkrit autoklaf berudara diarah tutup di England

    LONDON, 1 SEPT – Sekolah di England yang menggunakan konkrit autoklaf berudara (RAAC) di bangunan masing-masing, diminta segera menutup bangunan itu kerana risiko terdedah kepada keruntuhan, kata Jabatan Pendidikan (DfE) kelmarin.

    Menurut DfE, terdapat 156 sekolah di England yang dibina antara 1950an dan 1990an menggunakan RAAC, sejenis konkrit ringan untuk bahagian bumbung, lantai dan dinding.

    Bahan itu dianggap kurang tahan lama berbanding konkrit tradisional dan jurutera telah memberi amaran bahawa bahan itu berisiko retak, pecah dan runtuh, lapor Xinhua.

    Setiausaha Negara Britain bagi Pendidikan, Gillian Keegan berkata: “Sebahagian besar sekolah tidak terjejas dan kerajaan menyediakan sokongan untuk memastikan sebarang gangguan terhadap pendidikan diminimumkan”. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...