BEIJING, 16 NOV – Seramai 26 orang terkorban manakala puluhan lagi dimasukkan ke hospital selepas kebakaran meranapkan sebuah bangunan di wilayah Shanxi utara China hari ini, lapor media kerajaan.
Kebakaran bermula di tingkat empat bangunan milik syarikat arang Yongju di Bandar Luliang sekitar 6:50 pagi waktu tempatan, kata media kerajaan memetik pihak berkuasa tempatan.
Seramai 26 disahkan maut, lapor agensi berita kerajaan, Xinhua. – AFP
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.