Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangunan tujuh tingkat runtuh di barat laut Turkiye

    ISTANBUL, 29 OKT – Sebuah bangunan pangsapuri tujuh tingkat di bandar Gebze, barat laut Turkiye, runtuh awal pagi hari ini, menyebabkan lima orang terperangkap di bawah runtuhan.

    Gabenor Gebze, Ilhami Aktas memberitahu wartawan bahawa individu yang terperangkap di bawah runtuhan disahkan terdiri daripada ahli satu keluarga. Setakat ini belum diketahui sama ada terdapat sebarang mangsa korban.

    Pasukan daripada Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) berada di lokasi dan sedang menjalankan operasi menyelamat.

    Agensi Anadolu yang dikendalikan kerajaan melaporkan bahawa punca runtuhan masih belum diketahui.

    Datuk Bandar Gebze, Zinnur Buyukgoz, ketika bercakap kepada media tempatan, mencadangkan kemungkinan runtuhan itu berkaitan dengan kerja pembinaan laluan metro berhampiran.

    Gebze terletak di sepanjang garisan sesar Anatolia Utara dan merupakan salah satu kawasan utama yang terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.6 pada tahun 1999, yang mengorbankan 18,000 orang. – AP

    Anggota bomba dan pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap selepas sebuah bangunan kediaman runtuh di Gebze, Turkiye, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda