Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Bangunkan makmal kimia bergerak bernilai RM10 juta

    KOTA TINGGI, 29 MEI – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA) sedang membangunkan sebuah makmal kimia bergerak bernilai RM10 juta yang akan ditempatkan di ibu pejabat jabatan itu di Petaling Jaya, Selangor.

    Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pembangunan makmal bergerak itu yang dijangka mula beroperasi pada hujung tahun hadapan, boleh digunakan untuk menyiasat kes-kes membabitkan pencemaran kimia yang memerlukan analisis segera. 

    “Untuk makmal bergerak ini, kos pembangunan adalah berjumlah RM10 juta…ia boleh menjadi keperluan terutama berkaitan pencemaran kimia.

    “Jadi dengan adanya makmal bergerak, ia boleh digerakkan dengan serta-merta ke seluruh Semenanjung Malaysia. 

    “Dengan adanya pendekatan terbaharu ini oleh Jabatan Kimia Malaysia, ia akan banyak membantu sekali gus memastikan keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program KIMIA ke Desa sempena Sambutan Jubli Emas Jabatan Kimia Negeri Johor di Dewan Serbaguna Kampung Semangar Dalam, Kota Tinggi di sini hari ini.

    Sementara itu, Dr Adham dalam masa sama berkata MOSTI juga sedang membangunkan dua unit bas makmal bergerak bernilai RM200,000 seunit, yang dijangka beroperasi awal tahun hadapan untuk ditempatkan di Johor Bahru, Johor dan juga Bintulu, Sarawak.

    Beliau berkata satu daripada unit bas berkenaan diletakkan di Johor Bahru memandangkan daerah itu kerap berlaku kes pencemaran kimia manakala di Bintulu pula adalah kawasan perindustrian membabitkan minyak dan gas. – Bernama

    Datuk Seri Dr Adham Baba (dua, kiri) menyampaikan sumbangan asnaf kepada Mohamed Reyyan Zahari Lokman pada Program Kimia ke Desa sempena Sambutan Jubli Emas Jabatan Kimia Malaysia Negeri Johor di Dewan Serbaguna Kampung Semangar Dalam semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...