BINTULU, 2 FEB – Sebanyak 14 tan bekalan makanan telah dihantar kepada mangsa banjir di kawasan pedalaman daerah Tatau kira-kira 50 kilometer dari pusat bandar Bintulu. Menteri di Jabatan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kakus, Datuk Seri John Sikie Tayai berkata misi penghantaran makanan itu telah dilaksanakan menerusi pengangkutan air dan udara.