Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: 16 juta penduduk terjejas

     

    DHAKA, 20 Ogos – Krisis kemanusiaan yang berlaku di seluruh kawasan Asia Tenggara, di mana lebih daripada 16 juta penduduk terjejas akibat banjir monsun di Nepal, Bangladesh dan India, kata Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah (IFRC) dalam satu kenyataan yang diterima di sini, Sabtu.

    “Ini merupakan salah satu krisis kemanusiaan paling serius yang pernah dilihat rantau ini dalam beberapa tahun dan tindakan segera diperlukan untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat, di mana berjuta-juta orang telah terjejas oleh banjir yang dahsyat itu,” kata Martin Faller, wakil ketua daerah untuk Asia Pasifik, IFRC, dipetik sebagai berkata dalam kenyataan itu.

    “Jutaan orang di seluruh Nepal, Bangladesh dan India menghadapi kekurangan makanan dan penyakit yang teruk akibat air banjir yang tercemar,” kata Faller.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda