Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: 4,500 keluarga, empangan terjejas

    CARACAS, 8 Ogos – Hujan lebat di tenggara Venezuela sudah menjejaskan 4,500 keluarga dan mengakibatkan air melimpahi empangan hidroelektrik terbesar negara, pihak berkuasa dan media tempatan mengatakan hari ini.

    Pemendakan itu mengakibatkan dua sungai utama di negara itu, Orinoco dan Caroni melimpah tebingnya, menyebabkan kerosakan kepada negeri Bolivar, Delta Amacuro dan Amazonas, perkhidmatan Perlindungan Awam mengatakan.

    Media tempatan menunjukkan imej rumah-rumah dan jalan-jalan dibanjiri dan penduduk cuba menyelamatkan perabot daripada air.

    Mereka juga menunjukkan video air meluru deras melalui empangan hidroelektrik Guri, yang membekalkan 70 peratus tenaga elektrik kepada negara itu.

    Pembangkang menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan segera di empagan itu untuk mencegah banjir daripada memburuk, menambah satu lagi masalah kepada negara yang sudah pun dibelenggu krisis ekonomi dan politik mendalam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda