Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir Afghanistan ragut enam nyawa

    HERAT, AFGHANISTAN, 24 MEI – Enam orang terbunuh dan berpuluh-puluh rumah hanyut dalam banjir di tengah Afghanistan, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.

    Abdul Wahid Hamas, jurucakap gabenor Taliban di wilayah Ghor tengah, berkata tiga wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh apabila rumah mereka di bandar Firozkoh dihanyutkan pada Selasa lalu.

    Di daerah Pasaband, di wilayah yang sama, seorang lelaki dan seorang wanita turut dihanyutkan dan kemudian ditemui mati, manakala seorang lagi masih hilang, kata Hamas.

    Lebih 100 rumah dan kira-kira 200 hektar tanah pertanian musnah, dengan terusan yang digunakan untuk mengairi sawah rosak, katanya. – AFP

    Sebahagian penduduk yang ditimpa banjir di Afghanistan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda