Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: Anak damit dua tahun maut

    NAPIER, NEW ZEALAND, 17 FEB – Seorang ibu menceritakan kisah menyayat hati melihat anak perempuannya berusia dua tahun dihanyutkan oleh banjir akibat Siklon Gabrielle, yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang.

    Ribut itu semakin reda menuju Selatan Pasifik namun menyebabkan kemusnahan dan penderitaan di seluruh Pulau Utara New Zealand.

    Kira-kira 10,000 orang telah dipindahkan, bandar-bandar dan pekan masih tanpa bekalan tenaga dan air minum, dan pegawai kerajaan tempatan menganggarkan berpuluh atau ratusan komuniti masih belum dicapai.

    Hari ini polis mengesahkan mangsa korban kelapan disebabkan oleh ribut, dengan mengatakan ‘mangsa dipercayai terkorban selepas terperangkap dalam air banjir’.

    Butiran mengenai skala bencana dan ketakutan yang dialami didedahkan oleh mangsa yang terselamat seperti Ella Louise Collins.

    Perdana Menteri New Zealand semasa meninjau kawasan yang terjejas akibat Siklon Gabrielle, kelmarin. – AP

    Collins, yang suami dan dua anaknya terperangkap dalam kediaman satu tingkat mereka di wilayah yang paling teruk terjejas, Teluk Hawke, apabila air mula membanjiri kawasan tersebut.

    “Air berada di paras kira-kira 10cm daripada siling kediaman kami dan ia naik dengan pantas,” Collins menulis melalui catatan Facebooknya kelmarin.

    Mereka cuba menyelamatkan diri ke tempat selamat di bumbung rumah jiran mereka, tetapi dihalang oleh apa yang digelarnya sebagai ‘air deras secara tiba-tiba dan hampir melemaskan kami.”

    Dalam keadaan kelam-kabut, anak perempuannya berusia dua tahun setengah dihanyutkan oleh banjir lalu lemas.

    Perdana Menteri, Chris Hipkins membuat lawatan di rantau Teluk Hawke hari ini, berkata ‘seluruh negara’ bersimpati untuk komuniti yang terkesan.

    “Terdapat mangsa yang berada dalam keadaan yang sangat terdedah.”

    “Saya hanya meminta mereka untuk bertahan, kita akan menempuhinya. Kita akan berjaya keluar dengan keadaan selamat. Tetapi ia adalah cabaran yang sangat mencabar ketika ini.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda