Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir besar landa Korea Utara, ribuan penduduk dipindah

    SEOUL, 31 JULAI – Hujan lebat yang membadai barat laut Korea Utara baru-baru ini membanjiri ribuan rumah dan sebahagian besar kawasan tanah pertanian, menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal dan terpaksa tinggal di khemah sementara, lapor media negara itu, hari ini.

    Korea Utara sebelum ini melaporkan lebih 5,000 orang yang terkandas di bandar Sinuiju dan Uiju telah diselamatkan melalui helikopter dan kerja-kerja pemindahan lain selepas hujan pada Sabtu menyebabkan sungai di sempadan China melimpah. Namun, tidak ada laporan mengenai kerosakan khusus atau sebarang kematian.

    Korea Utara mudah terdedah kepada banjir akibat hujan lebat pada musim panas kerana sistem saliran yang lemah, peneba-ngan hutan dan infrastruktur yang usang.

    Agensi berita KCNA melaporkan kira-kira 4,100 rumah, 3,000 hektar tanah pertanian dan banyak bangunan awam, jalan raya dan rel kereta api di Sinuiju dan Uiju telah terjejas.

    KCNA juga melaporkan kira-kira 150 orang di wilayah Jagang yang berdekatan turut terkandas akibat banjir sungai yang berasingan di sana, tetapi semuanya telah dipindahkan ke tempat selamat oleh helikopter tentera.

    Dalam mesyuarat tergempar Politburo yang dipengerusikan di Sinuiju, pemimpin Kim Jong Un meminta pihak berkuasa untuk ‘menghukum’ mereka yang didakwa mengabaikan tanggungjawab dalam pencegahan bencana dan menyebabkan ‘bencana yang tidak boleh dimaafkan’, menurut KCNA.

    Laporan itu tidak menyebut sama ada ‘bencana’ itu melibatkan seorang atau beberapa orang. Ia juga tidak berkata sama ada sebarang kematian dilaporkan. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda