Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir besar Mississippi 1927

    SUNGAI Missisippi merupakan sungai kedua terpanjang di benua Amerika Utara dengan saiz kira-kira 3,734 kilometer.

    Difahamkan, sejak tahun 1800-an, saliran air besar ini sering mengakibatkan banjir sehingga memberi kesan pada keadaan sekeliling. Bagaimanapun, banjir besar yang melanda kawasan sekitar sungai pada April 1927 merupakan tragedi hitam pernah berlaku dalam sejarah Amerika Syarikat.

    Difahamkan, hujan lebat selama beberapa bulan telah menyebabkan air melimpah dari sungai Mississippi. Menurut sumber National Geographic, kuantiti hujan yang turun dilaporkan 10 kali lebih tinggi berbanding hari biasa. Akibatnya, banjir berlaku dalam tempoh lama, iaitu kira-kira empat bulan.

    Lebih buruk lagi, tetambak atau tembok yang berfungsi sebagai penahan banjir pecah gara-gara limpahan air yang deras. Keadaan bertambah teruk apabila sisa kumbahan mengalir masuk ke dalam saliran air bersih. Perkara itu secara tidak langsung menjejaskan bekalan minuman penduduk.

    Seperti yang dijangka, limpahan air berkenaan mengundang malapetaka. Mississippi menerima impak paling dahsyat kerana lokasinya terletak hampir dengan sungai. Kediaman penduduk mengalami kemusnahan, bahkan ternakan turut terbunuh dalam tragedi yang sama. Manakala, sebahagian haiwan yang masih hidup ditempatkan di kawasan tinggi.

    Banjir besar Mississippi mengakibatkan lebih 23,000 kilometer persegi tanah tenggelam.
    Kereta api yang menjadi pengangkutan penduduk juga terjejas berikutan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Tambahan lagi, sebahagian daripada landasan kereta api turut ditenggelami banjir. Keadaan itu berlarutan sehingga memasuki bulan Mei 1927.
    Penduduk berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan harta benda berharga. Selain dokumen penting, ada di antara mereka sanggup menarik kereta naik ke bahagian tangga rumah. Ia bertujuan mengelak kenderaan daripada mengalami kerosakan bencana.

    Banjir besar Mississippi mengakibatkan lebih 23,000 kilometer persegi tanah tenggelam. Sebahagian tempat mencecah kedalaman sehingga sembilan meter. Sekali gus memusnahkan tanaman pertanian milik penduduk. Aktiviti bertani merupakan antara sumber pendapatan utama rakyat disebabkan oleh keadan tanah yang subur. Ketika itu, kapas menjadi hasil utama ekonomi masyarakat.

    Sementara itu, kereta api yang menjadi pengangkutan penduduk juga terjejas berikutan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Tambahan lagi, sebahagian daripada landasan kenderaan turut ditenggelami banjir. Keadaan itu berlarutan sehingga memasuki bulan Mei 1927.

    Penduduk berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan harta benda berharga. Selain dokumen penting, ada di antara mereka sanggup menarik kereta naik ke bahagian tangga rumah. Ia bertujuan mengelak kenderaan daripada mengalami kerosakan bencana. Manakala kawasan yang terjejas teruk memaksa ratusan ribu penduduk berpindah untuk menyelamatkan diri. Bagaimanapun, 250 orang mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian.

    Dalam pada itu, banjir besar Mississippi menimbulkan satu lagi isu iaitu krisis kemanusiaan. Masalah mula tercetus apabila pihak penyelamat dikatakan bersikap berat sebelah semasa proses menyelamat dilakukan. Warga kulit putih lebih diutamakan dalam menyampaikan bantuan. Bukan itu saja, golongan kulit gelap dikerah tenaga untuk meninggikan tambak di Greenville.

    Ketika air semakin meningkat, mereka masih dipaksa bekerja meskipun keadaan bertambah buruk. Sekiranya enggan, hukuman akan dikenakan tanpa belas kasihan. Difahamkan, seorang lelaki mati ditembak akibat ingkar terhadap arahan yang dikeluarkan. Situasi kian buruk selepas kumpulan ini ditinggalkan tanpa bantuan selama berhari-hari. Hal ini termasuklah tiada bekalan makanan dan minuman yang diberi menyebabkan mereka berada dalam keadaan lapar dan letih.

    Banjir mulai surut sepenuhnya sekitar Ogos 1927. Kawasan-kawasan yang teruk terjejas mengambil masa lama untuk dipulihkan semula. Hal ini disebabkan oleh kos penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan dan jambatan yang memerlukan jumlah wang banyak. Sementara sebahagian lokasi kediaman penduduk pula mengalami kemusnahan melampau, sehinggakan hanya 13 daripada 150 buah rumah sahaja yang boleh didiami.

    Berita mengenai tragedi hitam ini memenuhi halaman depan akhbar negara selama berminggu-minggu. Rata-rata tajuk laporan menyebut banjir besar ketika itu sebagai bencana alam terburuk dalam sejarah.

    Sehingga kini, penduduk masih lagi berada dalam keadaan berjaga-jaga terutama ketika musim hujan lebat. Apatah lagi, kejadian hampir serupa masih terjadi selepas peristiwa tahun 1927.

    Pada tahun 1993, banjir besar di Mississippi berlaku sekali lagi melibatkan kerugian yang tinggi. Jumlah kemusnahan semasa kejadian dianggarkan kira-kira AS$15 bilion. Manakala angka korban nyawa adalah seramai 32 orang. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda