Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir besar, tanah runtuh akibat hujan lebat di Vietnam

    HANOI, 23 JUN – Hujan lebat hujung minggu lalu telah menyebabkan kerosakan besar di wilayah pergunungan utara Vietnam, mencetuskan kejadian tanah runtuh, banjir dan kerosakan harta benda yang ketara.

    Kira-kira seorang maut akibat tanah runtuh di Daerah Ba Be, Wilayah Bac Kan, manakala seorang lagi cedera di Wilayah Thai Nguyen.

    Lebih 400 rumah di wilayah Thai Nguyen, Bac Kan, Tuyen Quang dan juga Phu Tho telah dinaiki air.

    Meskipun air banjir mula surut di kawasan-kawasan tersebut, namun sebahagian besar di kawasan seperti Thai Nguyen masih terjejas dan ditenggelami.

    Sekitar 200 isi rumah telah diarahkan untuk berpindah.

    Kawasan berhampiran Sungai Cau di Wilayah Thai Nguyen masih tenggelam pada 21 Jun. – ANN/Viet Nam News

    Manakala, paras air bagi Sungai Cau di bandar Thai Nguyen pula telah mencecah 2,743cm pada tengah malam Sabtu, melepasi paras amaran tahap 3 iaitu 2,700cm, namun paras air kini mula surut secara perlahan.

    Timbalan ketua Pejabat Tetap Jawatankuasa Pencegahan Bencana Alam serta Mencari dan Menyelamat Wilayah, Nguyen Van Bac, berkata pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan rancangan tindak balas bencana dan perlindungan benteng secara berkoordinasi.

    Tambahnya, pasukan polis, pertahanan awam dan pasukan kecemasan peringkat komuniti telah dikerahkan untuk mendirikan pusat amaran di jalan-jalan yang terjejas teruk serta mengalihkan laluan trafik demi keselamatan penduduk dan kenderaan.

    Hujan lebat dijangka terus melanda kawasan pergunungan utara.

    Antara jam 7 pagi pada Sabtu hingga 7 pagi kelmarin, beberapa kawasan di negara tersebut telah mencatatkan hujan sederhana hingga lebat termasuk daerah Dao San dengan kedalaman banjir 110.6 mm; Phieng Khoai 2, 110.6 mm; Kim Son 2, 274.8 mm; Bao Ha 1, 93.6 mm dan Yen The sedalam 106 mm.

    Model kelembapan tanah turut menunjukkan di beberapa kawasan dalam wilayah itu, tanah hampir tepu yang melebihi 85 peratus atau sepenuhnya tepu, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh dan banjir lebih lanjut.

    Risiko banjir kilat di sungai kecil dan anak sungai, serta tanah runtuh di lereng curam, kekal tinggi di 14 wilayah utara.

    Pihak berkuasa tempatan digesa untuk kekal berwaspada dan terus melaksanakan langkah-langkah pencegahan, terutamanya di daerah yang berisiko tinggi, bagi mengurangkan potensi bencana banjir kilat dan tanah runtuh. – ANN/Viet Nam News

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda