Monday, March 31, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: Bolivia isytihar darurat

    LA PAZ, 27 MAC – Bolivia pada kelmarin mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu berikutan hujan lebat berterusan dan banjir yang mengorbankan puluhan nyawa serta menjejaskan lebih 378,000 keluarga di seluruh negara, lapor Xinhua.

    Presiden Luis Arce dalam sidang media berkata cuaca buruk itu adalah yang terburuk pernah dialami Bolivia dalam tempoh empat dekad, sekali gus memerlukan tindakan segera untuk mempercepatkan bantuan serta menyelaras respons bencana dengan pihak berkuasa wilayah.

    Menurut pegawai pertahanan awam, sekurang-kurangnya 51 orang terkorban manakala lebih 2,500 rumah rosak atau musnah akibat bencana itu.

    Pengisytiharan darurat itu membolehkan kerajaan mempercepatkan peruntukan dana kecemasan, penghantaran bantuan dan pelan pembinaan semula sebaik keadaan kembali stabil.

    “Kami tidak akan meninggalkan sesiapa,” kata Arce.

    Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, hujan lebat menyebabkan banyak sungai melimpah di seluruh Bolivia dan beberapa majlis perbandaran telah mengisytiharkan darurat bagi mendapatkan bantuan segera serta mengaktifkan sumber kecemasan untuk komuniti yang terjejas. – Bernama

    Pemandangan dari udara Puerto Pailas selepas Sungai Cotoca melimpahi tebingnya di Jabatan Santa Cruz, Bolivia pada 26 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda