Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir buruk Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

    HANOI, 23 NOV – Banjir berterusan yang melanda kawasan tengah dan Wilayah Tanah Tinggi Tengah Vietnam menyebabkan kerosakan luar biasa, dengan 102 mangsa dilaporkan maut atau hilang serta ribuan rumah ditenggelami atau musnah, lapor Agensi Berita Vietnam.

    Laporan daripada Jabatan Pengurusan Bencana dan Pengurusan Daik Vietnam (VDDMA) yang dikemas kini pada jam 7 pagi tadi, menunjukkan 90 kematian disahkan dan 12 orang masih hilang, peningkatan ketara berbanding 24 jam sebelumnya iaitu kemas kini pagi kelmarin yang merekodkan 55 kematian dan 13 orang hilang.

    Wilayah Dak Lak merekodkan jumlah korban tertinggi dengan 63 kematian dan lapan orang hilang. Khanh Hoa pula melaporkan 14 kematian dan dua individu hilang, manakala Lam Dong mencatat lima kematian. Beberapa kawasan lain yang mencatatkan kematian akibat banjir termasuk Quang Tri, Thua Thien Hue, Da Nang dan Gia Lai.

    Kerugian ekonomi awal dianggarkan berjumlah VND9.035 trilion atau hampir AS$343 juta, hampir sama seperti sehari sebelumnya, namun pihak berkuasa menjangka jumlah itu akan meningkat apabila penilaian diteruskan selepas banjir surut. – Bernama 

    Foto pada 20 November menunjukkan orang ramai meredah air banjir di Nha Trang di wilayah pesisir pantai Vietnam, Khanh Hoa. Banjir buruk di Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang. – Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda