Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di Asia Selatan: Lebih 750 terkorban

    NEW DELHI, 21 Ogos – Lebih dari 750 orang meninggal dunia akibat banjir di Asia Selatan, kata para pegawai hari ini, berikutan hujan monsun yang menyebabkan kematian ke atas ratusan haiwan termasuk badak dan harimau.

    Jumlah mangsa semakin meningkat di seluruh India, Nepal dan Bangladesh berikutan dengan kejadian tersebut yang semakin memburuk sejak 10 Ogos, ketika monsun tahunan melanda utara dan timur rantau ini.

    Hampir 50 mayat ditemui semalam di Bihar, di timur India, menjadikan bilangan yang terkorban mencecah sehingga 253, kata seorang pegawai bencana negara kepada AFP.

    Di Nepal, 143 orang telah meninggal dunia dan 30 masih hilang selepas banjir yang memusnahkan hampir 80,000 rumah.

    Gambar fail pada 17 Ogos 2017 menunjukkan penduduk India ketika melalui jalan yang ditenggelami di Balurghat di Bengal Barat. Lebih dari 750 orang meninggal dunia akibat banjir di Asia Selatan. – AFP

    Hujan lebat juga telah menjejaskan kehidupan liar India, di mana pasukan penyelamat bergelut untuk menyelamatkan binatang yang terperangkap dari perairan di Taman Kebangsaan Kaziranga.

    Kehidupan liar di negeri Assam timur laut, yang merupakan penghuni terbesar badak dan spesies lain kini mengalami ancaman dan menjadi semakin sukar.

    “Pasukan kami telah menemui 225 ekor haiwan mati sejak 12 Ogos. Daripada jumlah itu, 15 adalah badak,” kata pengarah Kaziranga, Satyendra Singh kepada AFP.

    “Harimau Bengal juga mati dalam pertempuran dengan sekumpulan gajah, ditinggalkan dalam keadaan cedera dan kemudian tidak dapat berjalan atau berenang, mungkin juga disebabkan oleh banjir.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda