Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di China ragut enam nyawa

    GUIYANG, 26 JUN – Kira-kira enam orang maut akibat banjir besar yang melanda Daerah Rongjiang di wilayah Guizhou, selatan barat daya China, menurut pihak berkuasa kawalan banjir tempatan.

    Sejak Selasa, daerah itu dilanda banjir paling buruk dalam tempoh 50 tahun, dengan paras air di beberapa sungai utama meningkat secara mendadak, lapor agensi berita Xinhua.

    Banjir itu menenggelamkan kebanyakan kawasan rendah dan menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur di beberapa pekan kecil termasuk jalan yang terputus, komunikasi terganggu serta penduduk terperangkap.

    Usaha pemulihan kini tertumpu kepada kerja-kerja mendalamkan sungai, penyaliran air, pencegahan wabak, pembasmian kuman di kawasan terjejas, pemulihan pasca bencana serta operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap. – Bernama

    Orang ramai berjalan sambil membawa barangan mereka di kawasan yang dilanda banjir di Congjiang, wilayah Guizhou, China pada 25 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda