Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Banjir di Ghana, puluhan ribu hilang tempat tinggal

    LAGOS, 18 OKT – Banjir selepas hujan lebat di timur Ghana telah memaksa hampir 26,000 orang meninggalkan rumah mereka atas permintaan pihak berkuasa, kata Pertubuhan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMO), kelmarin.

    Tanaman musnah dan sekolah ditutup selepas dua empangan hidro-elektrik melimpah di Akosombo dan Kpong.

    “Kami telah memindahkan kebanyakan orang yang terjejas ke tempat perlindungan yang selamat. Kira-kira 26,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak telah dipindahkan, kata timbalan ketua NADMO Seji Saji kepada AFP.

    “Apa yang mereka perlukan adalah air, makanan dan ubat-ubatan dan kami bekerjasama dengan kerajaan untuk menjaga keperluan tersebut,” tambahnya. Namun, tiada korban jiwa dilaporkan.

    Mercy Tamakloe, seorang penjual makanan berusia 35 tahun dan ibu kepada dua orang anak, berkata dia kehilangan semua harta bendanya.

    Orang ramai menaiki sampan dalam banjir di Accra, Ghana, pada 5 Oktober 2022. – Xinhua

    “Semuanya hilang. Saya tidak tahu bagaimana saya akan dapat pulih tetapi sekurang-kurangnya saya masih hidup,” katanya kepada AFP melalui telefon.

    Petani, David Fui Banini berkata banjir besar itu memusnahkan ladang jagung seluas empat ekar miliknya.

    Beliau menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan untuk memberi pampasan kepada kami kerana ini bukan salah kami.

    Tentera laut Ghana berkata ribuan orang telah diselamatkan di Wilayah Volta, bersempadan dengan Togo, selepas limpahan air dari empangan itu.

    “Setakat ini semuanya di bawah kawalan dan kami telah menyelamatkan lebih 8,000 penduduk di sembilan daerah yang terjejas di wilayah itu,” kata Commodore EA Kwafo.

    Presiden Nana Akufo-Addo telah menubuhkan jawatankuasa untuk menyelaraskan usaha menyelamat yang berterusan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...