Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di Kanada, 4 hilang

    HALIFAX, 23 JULAI — Empat orang dilaporkan hilang selepas ribut petir yang kuat menyebabkan hujan lebat yang mencatatkan jumlah rekod di sebahagian besar wilayah Nova Scotia di pantai Atlantik Kanada sejak dua hari lalu, yang menyebabkan banjir kilat, kerosakan jalan raya dan bekalan elektrik terputus.

    Banjir itu telah menenggelamkan beberapa kenderaan dan jurucakap Polis Berkuda Diraja Kanada, Cindy Bayers berkata, dua insiden sedemikian di West Hants di utara Halifax telah menyebabkan dua orang dewasa dan dua kanak-kanak tidak dapat dikesan setakat pagi kelmarin.

    Kedua-dua kanak-kanak itu hilang selepas kenderaan yang mereka naiki terperangkap dalam air, kata Bayers, sambil menyatakan tiga penumpang yang lain berjaya keluar dengan selamat.

    Dalam insiden lain, dua individu yang Bayers gambarkan sebagai seorang remaja dan seorang lelaki dewasa, masih belum ditemui selepas kenderaan mereka tenggelam. Dua orang lain dalam kenderaan itu telah diselamatkan, katanya, sambil menambah polis sedang giat mencari keempat-empat orang yang hilang.

    Hujan lebat bermula pada petang Jumaat merentasi wilayah Halifax, menurunkan lebih 200 milimeter (mm) hujan di beberapa kawasan. Bandar pelabuhan itu biasanya menerima purata 90-100mm hujan pada bulan Julai.

    Berdasarkan anggaran radar dan pemerhatian tidak rasmi, Environment Canada kelmarin berkata bahawa beberapa kawasan mungkin telah menerima lebih daripada 300mm hujan dalam tempoh 24 jam.

    Peta radar menunjukkan taburan hujan paling lebat di sepanjang pantai barat daya wilayah itu ke satu titik di utara Halifax. – AP

    Seorang lelaki cuba berjalan melepasi kereta yang ditinggalkan dalam banjir di tempat letak kereta pusat membeli-belah di Halifax, Nova Scotia, Kanada, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda