Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di Kemboja ragut 36 nyawa

    PHNOM PENH, 23 OKT – Perdana Menteri Kemboja Hun Sen kelmarin mengesahkan banjir buruk yang melanda negara ini sudah meragut 36 nyawa, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Beliau berkata di wilayah Banteay Meanchey yang paling teruk terjejas 19 kematian dilapor-kan. Semasa melawat wilayah terjejas itu, beliau mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan 10 juta riel (AS$2,500) untuk setiap keluarga mangsa yang terkorban.

    Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kemboja, sejak awal Oktober, hujan lebat dan ribut tropika menyebabkan banjir di 19 dari 25 wilayah dan bandar, menjejaskan 312,224 penduduk,  menenggelamkan 73,720 rumah serta lebih 293,000 hektar sawah padi dan tanaman lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda