Monday, March 31, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di Keningau pulih

    KOTA KINABALU, 28 MAC – Semua mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dato Angian Andulag, Apin-Apin, Keningau dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

    Pegawai Daerah Peter Jonu @ Peter J.Moinjil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) mengisytiharkan penutupan PPS itu pada 2 petang tadi selepas dibuka semalam.

    “Berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa kejadian bencana telah pulih sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan.

    Semalam, seramai 36 orang mangsa banjir daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS itu selepas kampung di sekitar Sungai Pagalan dilanda banjir. – Bernama

    Mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Dato Angian Andulag, Apin-Apin, di Keningau. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda