Friday, January 31, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa meningkat ke 5,385

    KUCHING, 30 JAN – Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat mendadak setakat jam 8 pagi tadi dengan seramai 5,385 orang daripada 1,505 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

    Menurut laporan terbaharu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, jumlah ini hampir sekali ganda lebih tinggi berbanding 2,981 mangsa daripada 862 keluarga yang direkodkan semalam.

    Daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, dengan 1,481 orang daripada 396 keluarga ditempatkan di enam PPS. Serian pula mencatatkan seramai 1,442 mangsa daripada 446 keluarga yang berlindung di 15 PPS.

    Sementara itu, jumlah daerah yang terjejas turut meningkat kepada 14 berbanding 12 daerah sehingga jam 8 malam semalam dengan jumlah PPS yang diaktifkan meningkat dari 36 kepada 47. – Bernama

    Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu membantu mangsa banjir di Taman Bandar Jaya Lorong Alamanda, Bintulu kelmarin. Jumlah mangsa banjir meningkat. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda