KUCHING, 26 SEPT – Keadaan banjir di kawasan Limbang di bahagian utara Sarawak sejak Sabtu lalu pulih dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dewan Serbaguna Buluh Balui ditutup 9 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan lapan mangsa banjir daripada tiga keluarga telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Kumpulan mangsa banjir itu merupakan penduduk dari Kampung Batu Danau serta Kampung Pandak. – Bernama