Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di Sarawak semakin reda, Sabah pulih sepenuhnya

    KUALA LUMPUR, 23 SEPT – Keadaan banjir di Sarawak semakin pulih dengan hanya tinggal dua mangsa daripada satu keluarga yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suarah Marudi, Miri pada jam 7 pagi tadi.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak 14 mangsa daripada empat keluarga telah kembali ke kediaman masing-masing petang semalam.

    Sementara itu, banjir di Sabah pulih sepenuhnya petang semalam, dengan semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

    Bagaimanapun, JPBN Sabah memaklumkan 82 mangsa daripada 20 keluarga masih berlindung di PPS Dewan Kampung Gawir, daerah Penampang, berikutan tanah runtuh.

    Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi meramalkan berlaku ribut petir di beberapa tempat di Sabah pada pagi hingga lewat malam ini. – Bernama

    Sekitar pemandangan sebuah perkampungan atas air di daerah Sandakan, Sabah. Situasi banjir Sabah pulih sepenuhnya. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda