Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di Selangor pulih sepenuhnya

    KUALA LUMPUR, 23 OKT – Keadaan banjir di Selangor pulih sepenuhnya apabila semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu ditutup petang ini manakala jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Perak berkurangan.

    Di Selangor, banjir pulih sepenuhnya selepas dua PPS di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang menempatkan 25 orang daripada lapan keluarga pada sebelah pagi ditutup 4 petang tadi.

    Di Perak pula, jumlah mangsa yang dipindahkan di PPS berkurang kepada 221 orang daripada 60 keluarga berbanding 286 orang daripada 78 keluarga pagi tadi.

    Kesemua mangsa masih berlindung di empat PPS iaitu dua PPS di daerah Hilir Perak yang menempatkan 151 mangsa daripada 41 keluarga, Kerian (36 mangsa, 11 keluarga) dan Perak Tengah (34 mangsa, lapan keluarga).

    Sementara itu, di Sarawak, PPS Dewan Serbaguna Kampung Tringgus Bong, Kuching yang sebelum ini menempatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga yang terlibat dalam kebakaran turut ditutup.

    Hanya PPS di Dewan Masyarakat Roban, Betong masih dibuka untuk menempatkan 48 mangsa daripada 13 keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda