Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Banjir di selatan Thailand semakin buruk, jejas hampir 20,000 rumah

    BANGKOK, 26 DIS – Hujan lebat mencetuskan banjir secara menyeluruh di selatan Thailand, menyebabkan hampir 20,000 isi rumah terpaksa berpindah di lima wilayah -Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Satun.

    Banjir memusnahkan ratusan kampung menyebabkan penduduk terputus hubungan, menenggelamkan jalan raya dan landasan kereta api, dan ribuan penduduk terkandas di rumah. Sekolah di kawasan yang terjejas turut ditutup, sekali gus menyebabkan keadaan kelam-kabut.

    Bot penyelamat mengharungi jalan yang tenggelami air, manakala penduduk bergegas ke tempat yang lebih tinggi di tengah-tengah kebimbangan banjir berterusan.

    Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) melaporkan sebanyak 19,624 rumah di 384 kampung di 24 daerah di lima wilayah terbabit terjejas banjir setakat 6 pagi, hari ini.

    “Wilayah Narathiwat paling teruk terjejas melibatkan 16,680 rumah di 299 kampung di 11 daerah,” katanya dalam satu kenyataan.

    DDPM berkata Satun paling teruk terjejas, melibatkan 1,222 rumah dengan penduduk di daerah Khuan Don berdepan kenaikan paras air.

    “Di Pattani, sebanyak 1,108 rumah terjejas, Yala (424) dan Songkhla (190),” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Banjir buruk Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

    HANOI, 23 NOV - Banjir berterusan yang melanda kawasan...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...

    Thailand lapor lonjakan kes influenza dengan 100 kematian

    BANGKOK, 20 NOV - Thailand melaporkan lonjakan ketara kes...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...