Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Banjir di tengah Vietnam ragut 13 nyawa

    HANOI, 31 OKT – Kejadian hujan lebat dan banjir meragut 13 nyawa, manakala 11 lagi dilaporkan hilang dan 34 cedera di beberapa wilayah tengah Vietnam, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Vietnam.

    Menurut laporan itu, lebih 116,000 rumah masih ditenggelami air, 56 lagi runtuh atau dihanyutkan arus, manakala hampir 150 rumah mengalami kerosakan.

    Bencana itu turut menenggelamkan hampir 4,900 hektar sawah padi dan tanaman lain, merosakkan kira-kira 790 hektar tanaman buah-buahan serta mengorbankan lebih 17,700 haiwan ternakan. 

    Gangguan bekalan elektrik turut menjejaskan lebih 438,000 kediaman di empat wilayah dan bandar utama, menurut laporan berkenaan.

    Sementara itu, sebanyak 29 tan bekalan bantuan daripada kerajaan Rusia, termasuk khemah, selimut, bot penyelamat dan barangan keperluan asas dihantar kepada penduduk yang terjejas di bandar Hue, menurut laporan itu. – Bernama

    Gambar menunjukkan banjir di jalan-jalan dan bangunan selepas hujan lebat di Hoi An pada 30 Oktober. – AFP

     

     

     

     

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...

    Berangkat hadir Majlis Penutupan Rasmi ISG6

    Oleh Sim Y. H - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...