Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di tengah Vietnam ragut dua jiwa

    HANOI, 15 OKT – Dua orang maut selepas dihanyutkan banjir di tengah Vietnam, lapor media kerajaan, kelmarin.

    Hampir 500 buah rumah ditenggelami air dalam beberapa hari kebelakangan ini, menurut pihak berkuasa pengurusan bencana Vietnam.

    Bandar pesisir pantai Da Nang telah dilanda hujan lebat, begitu juga kawasan dari Ha Tinh ke wilayah Quang Nam sejak Selasa.

    Seorang lelaki berusia 61 tahun dan seorang budak lelaki berusia 13 tahun lemas dalam banjir, menurut laman web media kerajaan VnExpress.

    Kira-kira 5,000 orang telah dipindahkan dari rumah di Da Nang pada malam Jumaat dan pagi Sabtu, katanya.

    Gambar bertarikh 13 Oktober menunjukkan seorang lelaki meredah kawasan banjir di bandar Hue tengah Vietnam. – AFP

    “Air banjir naik hingga paras paha dan semua keluarga saya terpaksa bergerak ke tingkat atas, sebelum penyelamat datang dan memindahkan kami,” kata penduduk kota Dinh Thi Tu Uyen kepada VnExpress.

    Di bandar Hue pada hari Jumaat, jalan raya dinaiki air oleh Sungai Perfume, dengan air mencecah paras hampir setinggi dada di beberapa kawasan.

    Hujung minggu lalu tiga orang maut dalam banjir kilat dan tanah runtuh di utara Vietnam.

    Hujan lebat diramal berterusan di seluruh tengah negara Asia Tenggara itu dalam beberapa hari akan datang.

    Vietnam sering dilanda cuaca buruk pada musim hujan antara Jun dan November.

    Bencana alam termasuk banjir dan tanah runtuh telah meragut kira-kira 100 nyawa di negara itu sejak awal tahun, menurut Pejabat Perangkaan Am negara itu.

    Para saintis telah memberi amaran kejadian cuaca ekstrem di seluruh dunia menjadi lebih tegang dan kerap disebabkan oleh perubahan iklim. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda