Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Banjir di Thailand tunjuk tanda-tanda pemulihan

    BANGKOK, 28 DIS – Keadaan di kawasan banjir di selatan Thailand menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila air mula surut di tiga wilayah terjejas – Narathiwat, Yala dan Pattani.

    Bagaimanapun, bilangan isi rumah yang terjejas terus meningkat, mencecah hampir 100,000 di tiga wilayah itu.

    Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) Chaiwat Junthirapong berkata 93,220 isi rumah di 25 daerah di seluruh Narathiwat, Yala, dan Pattani terjejas akibat banjir. Narathiwat paling teruk terjejas dengan 62,613 isi rumah di 13 daerah manakala Yala dengan 15,457 isi rumah terjejas dan Pattani dengan 15,150 isi rumah terjejas.

    “Air mula surut di kesemua kawasan,” katanya.

    Chaiwat berkata DDPM, kerajaan tempatan dan agensi berkaitan sedang menyelaras kerja bagi mengutamakan usaha menyalur bantuan, termasuk pembersihan dan pembaikan infrastruktur yang rosak.

    Sementara itu, imej satelit Cosmo-SkyMed-4, yang dikeluarkan oleh Geo-informatics and Space Technology Development Agency (GISTDA), menunjukkan lebih 14,000 hektar tanah di lima wilayah selatan–Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla, dan Satun – ditenggelami banjir, menjejaskan lebih 27,000 rumah. – Bernama

    Gambar AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Banjir buruk Vietnam ragut 90 nyawa, 12 hilang

    HANOI, 23 NOV - Banjir berterusan yang melanda kawasan...

    Hujan lebat berterusan di Vietnam ragut 16 nyawa

    HANOI, 20 NOV - Pasukan penyelamat mengeluarkan penduduk yang...

    SBPAC tubuh pusat sokongan wilayah hadapi musim banjir di Thailand

    YALA, 19 NOV - Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan...

    Lebih 900,000 penduduk Gaza tanpa rumah berisiko hadapi banjir

    GAZA CITY/ISTANBUL, 14 NOV - Lebih 900,000 penduduk awam...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...