Thursday, February 6, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di Vietnam ragut sembilan nyawa

    HANOI, 1 OKT – Banjir di wilayah utara dan tengah Vietnam dari 26 hingga 28 September telah mengorbankan sembilan orang, menyebabkan seorang hilang dan mencederakan 10 yang lain, menurut Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Pencegahan dan Kawalan Bencana Alam negara itu kelmarin.

    Banjir yang disebabkan oleh hujan lebat itu juga turut merosakkan rumah, jalan raya, kolam akuakultur, tanaman padi dan tanaman-tanaman lain, serta membunuh ayam dan
    lembu.

    Bencana alam, terutamanya banjir dan tanah runtuh, telah menyebabkan 98 orang mati atau hilang, dan mencederakan 103 yang lain di Vietnam dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, menurut Pejabat Perangkaan Am negara itu. – Xinhua

    Orang ramai meredah air banjir di wilayah Nghe An, tengah Vietnam pada 27 September. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda