MANILA, 3 JAN – Lebih 33,000 orang yang dipindahkan dalam insiden banjir yang membunuh 51 orang di Filipina minggu lalu masih berada di pusat-pusat perlindungan sementara, kerajaan berkata hari ini.
Jabatan Kesejahteraan Sosial dan Pembangunan berkata mereka yang dipindahkan terdiri daripada 8,930 buah keluarga adalah dari lima rantau paling teruk terjejas akibat banjir yang melanda negara kepulauan berkenaan pada malam Hari Natal.
Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan dalam satu laporan kemas kini hari ini menyatakan bahawa angka korban telah meningkat kepada 51, dan pihak-pihak berkuasa masih mencari 19 orang lagi yang hilang.
Banjir berkenaan telah memaksa kerajaan untuk memindahkan hampir 600,000 orang di 10 rantau negara itu ke tempat selamat. – Xinhua


