Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Banjir jejas sebahagian perkhidmatan di Hospital SSB

    Oleh Syahmi Hassan

    BELAIT, 30 MAC – Berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan dilanda banjir dan perkhidmatan di Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait terjejas.

    Antara perkhidmatan yang terjejas ialah Klinik Obstetrik dan Ginekologi; Klinik Telinga, Hidung dan Kerongkong (ENT); Klinik Audiologi; dan Klinik Pediatrik.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya hari ini, menyatakan bahawa klinik-klinik berkenaan ditutup sementara waktu bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan pembersihan yang dijangka akan mengambil tempoh satu hari, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Beberapa langkah diambil untuk memastikan perkhidmatan yang sedia ada tidak terjejas.

    Ini termasuk pesakit-pesakit yang mempunyai perjanjian pada klinik-klinik yang terjejas akan dihubungi dan akan dijadualkan semula perjanjian mereka pada tarikh lain dan pesakit yang memerlukan rawatan segera akan dirawat di tempat yang dikhaskan.

    Pelawat-pelawat juga tidak dibenarkan untuk melawat wad-wad di Blok Perempuan dan Kanak-kanak buat sementara waktu, iaitu Wad 15 (Pediatrik); Unit Rawatan Rapi Anak Damit (SCBU); Wad 5 (Wad Selepas Bersalin dan Ginekologi); dan Wad 6 (Wad Bersalin dan Antenatal)

    Langkah lain termasuklah menutup kawasan-kawasan yang terjejas untuk keselamatan orang ramai.

    Kementerian itu turut menyatakan bahawa ruang tempat menunggu di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Kuala Belait juga mengalami banjir dan ditutup sementara waktu sehingga kerja-kerja pembersihan selesai dilaksanakan.

    Kementerian Kesihatan akan memantau keadaan banjir dari semasa ke semasa dan memaklumkan sebarang maklumat terkini berkenaan dengan situasi di Hospital SSB.

    Orang ramai boleh menghu-bungi talian operator 3335331 semasa waktu pejabat Hospital SSB Talian Darussalam 123 bagi sebarang maklumat.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...