Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: Jumlah kematian dan hilang meningkat

    INDONESIA, 29 April – Hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir membunuh hampir 40 orang di Indonesia dan beberapa yang lain masih lagi hilang, kata pegawai pada Isnin, bencana baharu bagi negara itu.

    Tanah runtuh dan banjir adalah perkara biasa, terutamanya semasa musim tengkujuh antara bulan Oktober dan April di mana hujan melanda kepulauan Sumatera.

    Agensi bencana Indonesia mengesahkan 29 maut dan lebih 13 orang lagi masih lagi hilang selepas hujan ribut berlaku di kepulauan Sumatera.

    Lebih 12,000 penduduk telah dipindahkan dari kediaman mereka yang sudah pun dimasuki air dan beratus-ratus bangunan, jambatan dan jalan mengalami kerosakan.

    Banjir paling teruk berlaku di daerah Bengkulu tengah, di luar wilayah ibu kota di mana 22 orang terbunuh, begitu juga ratusan ternakan.

    Pihak berkuasa telah menubuhkan tempat perlindungan sementara dan dapur umum bagi mangsa banjir.

    Sementara itu, tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di wilayah Lampung Sumatera telah membunuh sebuah keluarga enam orang dan menutup beberapa jalan sehingga menjejaskan pengangkutan ke kawasan jiran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda