Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir Kenya ragut 76 jiwa

    NAIROBI, 28 APRIL – Kira-kira 76 orang di Kenya telah kehilangan nyawa akibat banjir berikutan hujan lebat monsun sejak Mac, kata kerajaan kelmarin, memberi amaran kepada penduduk ‘untuk bersiap sedia menghadapi hujan yang lebih lebat.’

    Kenya dan jiran-jirannya di Afrika Timur telah dilanda hujan yang lebih kuat daripada biasa dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ditambah lagi dengan corak cuaca El Nino.

    Banjir kilat telah menenggelamkan jalan-jalan raya dan kawasan kejiranan, menyebabkan lebih 130,000 orang dari 24,000 keluarga berpindah, kebanyakannya di ibu negara Nairobi, kata jurucakap kerajaan, Isaac Mwaura, kelmarin.

    “Kami amat kesal untuk mengumumkan kehilangan tragis enam nyawa tambahan dalam tempoh 12 jam yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan 76,” katanya, sambil menambah 29 warga Kenya mengalami kecederaan dan 19 dilaporkan hilang.

    Mwaura berkata, kesemua lima empangan yang terdiri daripada projek kuasa hidro Seven Forks di sepanjang sungai Tana, yang terpanjang di Kenya, berada pada kapasiti penuh.

    “Terdapat ramalan limpahan besar-besaran ke hilir dalam tempoh 24 jam akan datang. Penduduk di kawasan ini dinasihatkan berpindah ke kawasan yang lebih tinggi,” katanya. – AFP

    Kakitangan dan sukarelawan Palang Merah Kenya menjalankan misi mencari dan menyelamat, di sekitar rumah yang ditenggelami air banjir di daerah Machakos, Kenya pada 22 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda