Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir kilat jejas sebahagian kawasan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Hujan lebat berlarutan hari ini di beberapa kawasan di negara ini telah menyebabkan paras air meningkat di beberapa kawasan rendah dan sering terdedah banjir.

    Tinjauan Media Permata ke beberapa kawasan mendapati paras air masih lagi dalam keadaan selamat bagi kawasan Daerah Brunei dan Muara.

    Namun ada juga beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat hanya beberapa jam sahaja, seperti kawasan kompleks bangunan Kiarong.

    Manakala satu kejadian pokok tumbang telah berlaku di kawasan Bandar Seri Begawan, yang telah telah menghempap sebuah kereta.

    Saksi memberitahu media bahawa sebahagian pokok di tepi jalan kawasan berkenaan telah tumbang dan menghempap sebuah kereta di kawasan berhadapan sebuah hotel.

    Pemandunya bagaimanapun selamat, namun kereta berkenaan mengalami rosak teruk.

    Manakala itu, menurut beberapa penduduk di Daerah Tutong, beberapa kawasan di daerah itu sudah dinaiki air akibat sistem saluran air yang kurang baik.

    Awang Mohd Yusof bin Haji Mahmud dari Daerah Tutong, mengongsikan bahawa kawasan rumahnya sering dilanda banjir, dan berharap hujan yang turun sejak tengah hari tadi tidak mengakibatkan paras air naik terlalu tinggi.

    Walau bagaimanapun, beliau tetap berjaga-jaga dan memindahkan kesemua kereta ke kawasan tinggi sebagai langkah waspada.

    Antara kawasan yang telah dilanda banjir ialah kawasan Kampung Bukit, Masjid Kampung Bukit, Masjid Kampung Tanjong Maya dan banyak lagi.

    Keadaan banjir di kawasan kompleks bangunan Kiarong. – Gambar sumber WhatsApp
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda