Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir kilat jejas sebahagian kawasan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Kejadian hujan lebat lewat petang semalam telah menyebabkan beberapa kawasan rendah dan yang sering mengalami banjir terjejas oleh banjir kilat.

    Hujan lebat yang turun telah menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Brunei dan Muara mengalami masalah banjir kilat dan mengakibatkan beberapa batang jalan raya dan kawasan komersial terjejas namun air mula surut selepas hujan berhenti.

    Salah seorang penduduk di kawasan Lambak yang terjejas, Awang Ahmad berkata bahawa beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumah apabila mendapati hujan lebat telah menyebabkan jalan raya ditenggelami air.

    Melihat keadaan jalan raya yang ditenggelami air dan kenderaan yang dipandunya jenis salun, beliau mengambil keputusan untuk berhenti di kawasan yang lebih tinggi sementara menanti hujan berhenti dan air banjir surut.

    Awang Ahmad menyatakan perasaan syukur kerana terdapat pemilik rumah yang berdekatan memberikannya kebenaran untuk berhenti di kawasan rumahnya sementara menanti hujan berhenti.

    Beliau menyatakan lagi bahawa terdapat beberapa orang pemandu juga mengambil keputusan memberhentikan kenderaan dan berteduh sementara sebelum memulakan perjalanan mereka.

    Menurutnya lagi, ini merupakan kali pertama beliau mengalami keadaan seumpama itu di mana hujan turun lebat sekali hingga banjir kilat berlaku dan menyebabkan jalan raya ditenggelami air.

    Orang ramai turut menyatakan kepada media bahawa beberapa kawasan di sekitar daerah itu turut ditenggelami air disebabkan oleh kejadian banjir kilat kerana hujan lebat.

    Mereka menyatakan bahawa terdapat beberapa kawasan komersial turut terjejas sehingga pemilik premis mengambil keputusan menutup seketika perniagaan sementara menanti hujan berhenti dan air banjir surut.

    ATAS & BAWAH: Tangkapan skrin yang dikongsikan oleh orang ramai melalui WhatsApp mengenai kejadian banjir kilat dibeberapa kawasan di Daerah Brunei Muara, kelmarin. – GAMBAR SUMBER WHATSAPP
    GAMBAR SUMBER WHATSAPP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda