Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Banjir kilat korbankan 33 orang di Afghanistan

    ISLAMABAD, 15 APRIL – Banjir lebat akibat hujan bermusim di Afghanistan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 33 orang dan mencederakan 27 yang lain dalam tempoh tiga hari, kata jurucakap Taliban kelmarin.

    Abdullah Janan Saiq, jurucakap Taliban bagi Kementerian Negeri bagi Pengurusan Bencana Alam, berkata kelmarin bahawa banjir kilat melanda ibu negara, Kabul, dan beberapa wilayah.

    Beliau menambah lebih 600 rumah sama ada rosak atau musnah manakala kira-kira 200 ternakan mati.

    Banjir itu turut merosakkan sekitar 800 hektar tanah pertanian, dan lebih 85 kilometer (53 batu) jalan raya, kata Saiq.

    Farah Barat, Herat, selatan Zabul dan Kandahar adalah antara wilayah yang paling banyak mengalami kerosakan, tambahnya.

    Jabatan cuaca meramalkan lebih banyak hujan dalam beberapa hari akan datang di kebanyakan 34 wilayah Afghanistan. – AP

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...