Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir kilat landa NSW disebabkan hujan semalaman

    SYDNEY, 7 JUN – Pihak berkuasa telah bertindak balas terhadap 447 insiden dan menjalankan 49 operasi menyelamat di negeri New South Wales (NSW), Australia sejak tengah malam tadi ketika hujan lebat menyebabkan banjir kilat.

    Menurut Xinhua, Perkhidmatan Kecemasan Negeri NSW (SES) melaporkan hari ini bahawa kejadian banjir kebanyakannya berlaku di kawasan Pantai Selatan, Illawarra dan wilayah Metropolitan Sydney.

    Biro Meteorologi Australia (BOM) merekodkan jumlah hujan 24 jam sebanyak 206 mm di Cringila, 197 mm di Port Kembla, 170 mm di Warilla dan 146 mm di Wollongong, dengan risiko banjir meningkat disebabkan kawasan tadahan basah, empangan penuh dan air pasang yang sangat tinggi.

    Komander Tugas Negeri NSW SES dan Pemangku Penolong Pesuruhjaya, Dallas Burnes menyatakan bahawa pasukan penyelamat bekerja dalam ‘keadaan yang sangat mencabar’ di tenggara negeri itu sepanjang malam, sementara beberapa jalan mungkin masih terjejas oleh banjir kilat pada Jumaat.

    “Ini adalah sistem cuaca dinamik iaitu keadaan boleh berubah dengan cepat,” Burnes memberi amaran.

    Pada masa ini, amaran banjir disediakan untuk Picton, Shoalhaven, Wollondilly dan Hawkesbury Nepean.

    Menurut ramalan BOM, hujan dijangka reda mulai petang Jumaat, dengan paras sungai yang tinggi dijangka menurun pada hujung minggu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda