Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir kilat: Penduduk mahu tindakan segera

    KOTA BHARU, 21 OGOS – Penduduk Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh, Kelantan menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap melanda kampung itu bermula awal tahun ini.

    Semalam, 10 rumah di kampung itu dinaiki air sekitar 5 petang selepas hujan lebat selama satu jam.

    Penghulu Mukim Permatang Sungkai, Muhamad Abdul Hadi Mohd Ramli berkata hujan lebat telah mengakibatkan parit, yang dibina syarikat pembinaan sebuah projek di situ, penuh dan melimpah ke kawasan penempatan penduduk.

    “Sudah enam kali kawasan berkenaan mengalami banjir kilat dengan kejadian terbaru dua minggu lepas, namun untuk kejadian semalam, paras air lebih tinggi berbanding sebelum ini menyebabkan lima rumah dinaiki air hingga paras pinggang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Beliau berkata penduduk berjaya menyelamatkan barangan berharga kerana telah membuat persiapan awal.

    Menurut Muhamad Abdul Hadi banjir surut pada jam 8 malam selepas penduduk bergotong-royong membuat laluan air ke sungai menggunakan jengkaut. Kejadian banjir itu turut tular di media sosial malam tadi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda