Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Banjir kilat ragut dua nyawa di selatan Iran

    TEHRAN, 3 JAN – Kira-kira dua orang terkorban dalam banjir kilat di wilayah Fars, selatan Iran, kata pegawai tempatan hari ini.

    “Dua orang dari wilayah ini terperangkap oleh air dan kehilangan nyawa mereka,” kata Mehdi Khoobyar, timbalan ketua Bulan Sabit Merah Iran di Fars, kepada Kelab Muda Jurnalis, sebuah agensi yang bergabung dengan televisyen kerajaan. Salah seorang mangsa itu meninggal dunia di bandar Darab, tambahnya, tanpa memberi butiran lanjut mengenai mangsa kedua.

    Pasukan bantuan ‘yang sudah pun dalam waspada tinggi, telah dihantar ke kawasan terjejas banjir’ di lima bandar di wilayah itu, katanya.

    Bulan Sabit Merah telah ‘menghantar bantuan atau usaha menyelamat’ ratusan orang, kata Khoobyar dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Tasnim.

    Pihak berkuasa meteorologi telah memberi amaran kelmarin mengenai hujan lebat dan banjir di wilayah selatan termasuk Kerman dan Hormozgan, lapor media tempatan. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...