Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir kilat ragut satu nyawa

    RIYADH, 4 OGOS – Banjir kilat dari pergunungan barat daya Arab Saudi menghanyutkan sebahagian daripada jambatan di wilayah Jizan, mengorbankan seorang individu kelmarin, lapor media negara.

    Saluran berita televisyen negara, Al-Ekhbariya menyiarkan gambar dua kenderaan yang terperangkap dalam air banjir, salah satu daripadanya hancur dihempap ​​sokongan jambatan yang runtuh.

    Ia berkata beberapa orang turut cedera dalam kejadian jambatan runtuh di persimpangan penting di pedalaman dari bandar pelabuhan Laut Merah, Jizan.

    Pusat Meteorologi Kebangsaan memberikan amaran kelmarin bahawa lebih banyak hujan lebat masih akan berlaku di wilayah Jizan, dengan ribut petir diramalkan di kawasan pergunungan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda