JAKARTA, 25 OGOS – Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban, dua lagi cedera dan beberapa dilaporkan hilang selepas banjir kilat dan tanah runtuh melanda wilayah Maluku Utara, Indonesia, semalam. Jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Nasional Indonesia, Abdul Muhari, berkata beberapa buah rumah dan jalan di Kota Ternate rosak akibat bencana alam itu. Beliau berkata, proses pemindahan

