Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir kilat: Tiga maut di utara Vietnam

    HANOI, 31 Ogos – Banjir kilat dan tanah runtuh yang berlaku akibat hujan lebat di wilayah utara Veitnam sejak beberapa hari lepas telah mengorbankan tiga orang dan mencederakan tiga yang lain, menurut Jawatankuasa Pemandu Pusat bagi Pencegahan dan Kawalan Bencana, hari ini.

    Ketiga-tiga mereka yang terkorban adalah dari tiga wilayah pergunungan Hoa Binh, Son Lai dan Yen Bai, manakala mereka yang cedera itu adalah dari Hao Binh, Son La dan Thai Nguyen.

    Bencana banjir dan tanah runtuh itu juga memusnahkan atau merosakkan kira-kira 371 buah rumah di tujuh wilayah utara dan satu di wilayah pusat.

    Bencana itu turut merosakkan lebih dari 1,000 hektar ladang padi dan tanaman lain, membunuh 73 ekor lembu dan 100 ekor ayam, serta merosakkan 53 hektar kolam akuakultur, 150 meter daik dan 560 meter terusan air.

    Bencana alam, lebih-lebih lagi taufan, banjir dan tanah runtuh, telah mengorbankan atau menyebabkan 153 orang dilaporkan hilang dan 119 yang lain cedera.

    Manakala kerugian harta benda dianggarkan bernilai lebih dari 7,000 bilion dong Vietnam (kira-kira AS$304.3 juta) dalam lapan bulan pertama tahun ini, menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda