Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: Korban di Filipina terus meningkat

    MANILA, 28 DIS – Angka kematian akibat banjir dan hujan lebat dicetuskan oleh shear line di Filipina meningkat kepada 25 korban hari ini.

    Menurut Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan dalam laporan terbaharunya mendedahkan bahawa 26 orang masih hilang manakala sembilan lagi dilaporkan cedera.

    Sebanyak 18 kematian direkodkan di selatan Filipina, lima di wilayah Bicol di pulau utama

    Luzon, manakala dua lagi di tengah Filipina, lapor Xinhua memetik laporan itu.

    Agensi itu memaklumkan 12 orang masih hilang di wilayah Bicol, 11 di tengah Filipina dan tiga di selatan Filipina.

    Banjir turut menjejaskan lebih 390,000 orang di sembilan wilayah di seluruh negara serta merosakkan kediaman, tanaman, jalan raya dan jambatan.

    Filipina adalah antara negara yang paling terdedah kepada bencana alam kerana lokasinya di Lingkaran Api Pasifik dan Lingkaran Taufan Pasifik. Secara purata, 20 taufan membadai kepulauan itu setiap tahun. – Bernama

    Gambar yang diberikan Pengawal Pantai Filipina menunjukkan seorang wanita warga emas duduk di atas kerusi diangkat oleh anggota pengawal pantai yang meredah air banjir di Plaridel, wilayah Misamis Occidental di selatan Filipina, 26 Disember lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda